Friday, January 27, 2012

.:Format Hati, Tambah RAM:.

assalamualaikum all readers...

semalam bru jeer lepas penyakit yang dihidapi oleh MyLappy telah disembuhkan,,, and now "she's" fine selepas di FORMAT..... Mrs. Lappy lau lembab bleh la p tambah RAM, pegi cari kat LOWYAT kompemla jmpe dengan pelbagai harga... tpi Mrs. Lappy gua nie bkn setakat lembab, dh gelong pom (mcm word mybestfrenz je nie). cursor pom dh xleh nk gerak, skrin jadi besar dua macam jer..plik2... Technician kedai KOMPUTER 2 cakap my ada msalah ngn screen resolution kot.. btol la 2 kot...hehehehe...bkn pndai sgt pom nk beki sndiri...

dh2...ckupla ckap pasal MRs.Lappy...

Berbalik pada cerite hati yang di 'MENTIONKAN' dlm tajuk entri kali nie ....

so, kiter sebagai manusia pom mesti kekadang (mcm always jer) rase sakit pada hati dan ada sje penyakit yang singgah pada hati kiter nie.... tpi kadang-kadang kiter xsedar pom yang penyakit tu dh mula bermaharajalela dalam hati kiter nie...

kte sering tertanye-tnye (bg yang sedar la) cmne plak kiter nk format hati kiter ek... : so meh incik minda give the solution ek ...

1. Jaga Solat Fardhu 5 Waktu

Solat fardhu 5 waktu sehari semalam wajib lah dijaga. Walau macam mana susah sekalipun keadaan kita, ia wajib ditunaikan apabila telah masuk waktunya. Tiada alasan untuk meninggalkan solat fardhu ini. Jika ia dilakukan secara berjemaah adalah lebih baik. Besar pahala yang akan kita perolehi apabila melakukan solat fardhu 5 waktu secara berjemaah. Solat wajib 5 waktu ini adalah hubungan kita dengan Allah. Jika baik hubungan kita dengan Allah ini maka besar pahala yang akan kita perolehi. Jika solat dilakukan dengan sempurna ia akan dapat mencegah diri kita dari melakukan perkara yang keji dan mungkar.

2. Sentiasa Berdoa kepada Allah

Doa adalah senjata bagi orang muslim. Carilah waktu yang mustajab untuk kita berdoa kepada Allah. Antara waktu doa yang mustajab adalah selepas setiap kali kita melakukan solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Berdoalah kepada Allah apa sahaja yang kita mahukan. Berdoalah supaya diberikan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat. Berdoalah supaya diampunkan dari segala dosa-dosa yang telah kita lakukan sebelum ini dan membersihkan hati kita dari segala kemaksiatan.

3. Bertaubat Atas Segala Dosa-dosa

Seorang manusia itu tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Dosa-dosa inilah yang akan mengotorkan hati manusia. Dosa akan menyebabkan seorang manusia itu semakin jauh dari Allah. Hati orang yang banyak melakukan dosa akan semakin keras dan sukar untuk menerima teguran orang lain atas dosa yang dilakukan. Tapi dosa-dosa yang telah kita lakukan boleh dibersihkan dengan melakukan taubat. Bertaubatlah dan sentiasa memohon ampun kepada Allah di atas segala dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Banyakkan beristighfar memohon ampun kepada Allah. Paling penting, janganlah kita mengulangi dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

4. Banyakkan Berzikir Mengingati Allah

Bagi membersihkan hati, kita hendaklah selalu mengingati nama Allah. Apabila selalu mengingati nama Allah hati manusia itu akan menjadi tenang. Banyakkan menyebut nama Allah dengan berzikir setiap masa. Dengan berzikir akan mendekatkan lagi seorang hamba dengan penciptanya. Kita hendaklah sentiasa mengamalkan zikir dalam kehidupan seharian. Jika zikir sentiasa menjadi amalan, kita akan beroleh ketenangan jiwa kerana hati kita sentiasa mengingati nama Allah setiap masa.

5. Rajin Membaca Al Quran

Kita Al Quran adalah pembimbing kita ke jalan kebenaran. Al Quran adalah kitab yang akan menjadi panduan hidup kita dunia dan akhirat. Di dalam Al Quran Allah telah memberi panduan kepada kita tentang perkara-perkara yang wajib dilakukan dan perkara-perkara yang dilarang. Selagi kita berpegang kepada kitab Al Quran, kita tidak akan tersesat didunia ini. Apabila membaca Al Quran ia dapat memberikan ketenangan dalam diri kita. Jika kita rajin membaca dan memahami maksud ayat -ayat Al Quran kita akan beroleh pahala dan mendekatkan diri kita kepada Allah.

6. Sentiasa Melakukan Kebaikan

Banyak amal kebaikan yang boleh kita lakukan dalam di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa melakukan amalan kebaikan yang akan memberikan pahala kepada diri kita seperti menolong orang lain, rajin bersedekah, berbakti kepada ibu bapa, menghubungkan silaturrahim dan banyak lagi. Setiap amalan kebaikan yang kita lakukan didunia ini telah dijanjikan ganjaran pahala oleh Allah. Kita juga akan merasa gembira jika dapat melakukan kebaikan dengan hati yang ikhlas. Ini kerana ianya satu fitrah semulajadi manusia yang suka kepada kebaikan.

7. Rajin menuntut Ilmu

Orang yang berjaya di dunia adalah orang yang berilmu. Untuk berjaya di akhirat juga adalah dengan berilmu. Ada banyak ilmu yang kita boleh belajar di dunia ini kerana ilmu Allah itu sangat luas. Disamping mengejar ilmu keduniaan jangan kita lupa kepada ilmu akhirat. Kita perlu sentiasa mendalami ilmu agama islam bagi memperkuatkan ketakwaan kita kepada Allah. Kita perlu rajin berusaha belajar ilmu-ilmu agama dengan menghadiri majlis ilmu dan kuliah agama yang diadakan dimasjid. Kita juga boleh belajar ilmu agama melalui buku-buku dan kita-kitab agama yang boleh dibeli di kedai. Ianya bergantung kepada diri kita sendiri sama ada mahu belajar atau tidak. Tepuk dada tanya iman.

8. Menjaga Makan Dan Minum

Apa sahaja yang kita makan dan minum hendaklah dijaga dari mana sumber rezeki itu diperolehi. Kita wajib mencari rezeki dari sumber yang halal sahaja. Jangan mengambil makanan dan minuman yang berunsur haram kerana segala yang haram itu akan membawa seorang manusia masuk ke dalam neraka. Kita perlu berhati-hati kerana memilih apa yang kita makan dan minum kerana ia akan menjadi darah daging kita. Jika apa yang kita makan dan minum itu haram maka akan menjadi kotor dan gelaplah hati kita. Kita perlu bersihkan hati kita dengan mengambil makanan dan minuman dari sumber yang halal dan diberkati oleh Allah.

so readers, u'll get it???...

untuk tambahkan RAM kiter, jomla sama-sama lakukan pe yang telah gue pandukan kat atas tue... so, nti xpyahla lagi kiter format bnyak-bnyak kali hati kite nie... Pe yang ALLAH lihat itu ialah usaha bkn hasil....

No comments: