Tuesday, November 8, 2011

Kelebihan ayat kursi

~Kelebihan Dalam Mengamalkan Ayat KURSI~

Sebagai seorang umat islam kite seharusnya mengamalkan serta mengetahui khasiat dalam mengamalkan AYAT KURSI dalam kehidupan seharian kita.

Antara kelebihan AYAT KURSI yang telah saya kenalpasti,di sini saya kongsikan untuk bacaan semua pengunjung blog sy...supaya ianya membawa manfaatuntuk semua...insyaALLAH..

  1. Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

  2. Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, insyaALLAH ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

  3. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulullah s.a.w.

  4. Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inasyaALLAH tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

  5. Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

  6. Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

  7. Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

  8. Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

  9. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaALLAH musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

  10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)


Dari itu...sama-samalah kita amalkan. moga kita mendapat kelebihan itu. insyaALLAH...


Monday, April 18, 2011

.:SanAh HeLwaH awAk:.

Entry ini khas buat seseorang yang mampu menyeri hidup aku ini :.....

18 April 2011...

Selamat Menyambut Hari Lahir awk... dah masuk 21 pom kte an...
eh2x...silap tu...sy blom ag...hehehe...


AWAK!!

SELAMAT HARI LAHIR.....

SEMOGA AWK PANJANG UMUR.....

awk,,,, trime la lagu nie dari saya ye...[wt2 cm saya nyanyi untuk awk, awk dh ley agak kn muka sy nyanyi gne..hehehehe]


Selamat Hari Lahir [Saujana]

Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi

Monday, April 11, 2011

~~bAngau Oh bAngAu~~

BANGAU OH BANGAU!
oleh : Hamzah Fansuri

Bangau oh bangau mengapa engkau kurus? Macam mana aku tak kurus ikan tak mahu timbul..
Ikan oh ikan Kenapa tak mahu timbul? Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat..
Rumput oh rumput Kenapa panjang sangat? Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku..
Kerbau oh kerbau Kenapa tak makan rumput? Macam mana aku nak makan perut aku sakit..
Perut oh perut mengapa engkau sakit? Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah..
Nasi oh nasi mengapa engkau mentah? Macam mana aku tak mentah kayu api basah..
Kayu oh kayu mengapa engkau basah? Macam mana aku tak basah hujan timpa aku..
Hujan oh hujan Kenapa kau timpa kayu? Macam mana tak timpa kayu katak panggil aku..
Katak oh katak mengapa panggil hujan? Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku..
Ular oh ular Kenapa nak makan katak? Macam mana aku tak makan memang makanan aku, memang makanan aku..

Begitulah lirik lagu bangau oh bangau yang kita selalu nyanyikan ketika kecil. Tahukah kita apakah maksud yang tersirat di sebalik lagu tersebut? Selain memaparkan sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain, ia juga membawa maksud berikut......

Sesungguhnya bangau kurus itu ialah Islam yang putih bersih tetapi lemah. Ikan pula Umat Islam yang belum sedar. Manakala rumput yang panjang adalah kiasan bagi halangan yang menyukarkan rakyat bangun menentang kezaliman dan kemungkaran yang beraja. Kerbau yang tidak makan ialah perbandingan bagi ulama yang tidak menghalang atau membanteras kemungkaran dan kezaliman. Perut yang sakit pula diibaratkan kekuatan dan semangat ulama yang hilang atau hati mereka yang sudah rosak berpunca dari sogokan hasil rezeki yang tidak berapa bersih dan halal yang telah diumpamakan sebagai nasi mentah. Seterusnya persoalan mengapa nasi itu mentah dikaitkan dengan kayu api basah yang bermaksud punca kurangnya halal dan bersih rezeki para ulama ialah semangat Jihad yang telah ditinggalkan atau dalam kata lainnya telah padam kerana sikap manusia yang lebih suka mengharap rahmat bantuan langit daripada berusaha. Tepatlah perbandingan katak dengan manusia yang berteriak minta diturunkan hujan untuk menyelamatkan diri dari serangan si ular rakus kuffar Yahudi, Kristian dan gerombolan sekutunya yang sentiasa berusaha memusnahkan ketuanan dan survival Islam di muka bumi ini kerana telah termaktub dalam kata si ular, "katak itu memang makanan aku".....

Hayatilah cetusan idea ini... moga kita sama-sama berusaha yang terbaik untuk hidup di dunia dan bekalan di akhirat kelak.. insyaALLAH...

~~KEMBALI~~


Lagu ini memberi seribu erti dalam kehidupan aku sebagai seorang perantau di bumi ALLAH s.w.t ini...


KEMBALI - FAR EAST

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu

Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu

Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi

Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana

Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan

Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan..

Duhai manusia, ayuhla..sama-sama kita mengembara mencari keredhaan dari-NYA...
insyaALLAH..