~~iLHam hATi miLik Sang PenciPta~~
..andai ada hari esok...
Saturday, August 31, 2019
Saturday, August 23, 2014
MH370, MH17 dan AKU !
Hati tersentuh melihat tatkala melihat siaran langsung hari perkabungan negara semasa istiadat membawa balik jenazah MH17, tiba2, fikiran ini tersentak seketika.. merasakan ada satu persamaan antara aku, tragedi MH17 dan MH370 iaitu UJIAN...
UJIAN...
Manusia merancang, namun Allah juga merancang.. dan sudah semestinya perancangan Allah jauh lebih hebat mengatasi segala perancangan manusia.. kerana itu, kita harus sedar bahawa biar serapu manapun perancangan kita, takdir Allah sentiasa mengatasinya.
UJIAN...
Segala2nya telah ditakdirkan olehNya.. suka akan duka kehidupan ini telah pun terlakar indah dalam kitab mulia luhmahfuz... sebagai hamba, semestinya kita tidak layak mempersoalkan segala takdir yg telah ditetapkan oleh Allah.. apatah lagi kita masih lagi mengharapkan ihsan dri Allah untuk memberi kita udara untuk kita bernafas meneruskan kehidupan..
UJIAN...
Engkau datang, tetapi hati ini amat yakin pasti ada pengakhiran untuk setiap kesukaran...
Moga ALLAH memberi kita sesuatu yang amat kita harapkan.. iaitu..
KETABAHAN !
Monday, August 18, 2014
Banyak yang AKU tidak nampak !
Aku sedang bersedih,
Dan hatiku terasa sangat pedih,
Aku sedang menangis,
Dan ternyata air mataku begitu laju menitis.
Jiwaku terasa amat lelah sekali,
Seakan tidak tertanggung memikul ujian seberat ini,
namun sewaktu mengesat air mata yang tumpah bercucuran ini,
perhatianku tiba-tiba beralih arah,
seperti sesuatu yang memaksaku bermuhasabah.
BENAR!
Air mata ini jatuh dari mata yang masih mampu melihat,
Air mata ini dikesat oleh tangan yang masih lagi kuat,
Air mata ini mengalir kerana hati ini masih lgi hidup,
Lalu aku mengira nikmat demi nikmat,
dan kemudiannya tiba-tiba hatiku menjadi begitu bersemangat.
SUBHANALLAH...
Kalau satu ujian-Mu yang menggamit kesedihanku dan menghancurkan hatiku,
Ternyata masih ada beribu perkara yang masih boleh menghiburkan hatiku.
ALHAMDULILLAH...
Terima kasih, ALLAH !
#mencintai dan terus menyayangi dalam diam
#menrindui dalam untaian tasbih dan doa
:')